JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit

Kategori: Akidah
Tahun: 2002
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

1. Ajaran dan amalan Ilmu Hakikat Hassan b. Jonit didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.


2. Orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Ajaran Ilmu Hakikat Hassan b. Jonit di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata"ala.


3. Antara ciri-ciri ajaran itu -


(a) mendakwa -


(i) bertemu Allah;

(ii) bertemu Nabi Muhammad dan pertemuan itu menghasilkan hadis Qudsi;

(iii) boleh mentafsir mimpi;

(iv) orang yang berdahi hitam tanda bela jin;

(v) nampak imam seperti khinzir jika solat buka mata;


(b) menolak adanya hari kiamat;

(c) beliau ialah wakil guru seluruh dunia yang telah diijazahkan oleh Rasulullah S.A.W. dan datang dari Luh Mahfuz yang dilantik ke bumi iaitu Baladil Amin;

(d) menyalah tafsir Al-Quran;

(e) mandi wajib hanya dengan mencelup jari;

(f) melarang berdoa untuk orang lain;

(g) mencabar Pihak Berkuasa Agama;

(h) mengarang buku yang mengandungi 19 bab seperti yang berikut:


(i) Bab Hakikat

(ii) Bab Fatehah

(iii) Bab Alhamdu

(iv) Bab Bismillah

(v) Bab Al-Quran dan Kitab

(vi) Bab Takbiratul Ehram

(vii) Bab Sembahyang

(viii) Bab Kaum Ibu

(ix) Bab Roh/Nyawa

(x) Bab Ma"ni

(xi) Bab Nabi 1

(xii) Bab Nabi 2

(xiii) Bab Tauhiduz Zat 1

(xiv) Bab Tauhiduz Zat 2

(xv) Bab Guru

(xvi) Bab Sifat

(xvii) Bab Ma"rifat

(xviii) Bab Hati

(xix) Mukadimah Bagi Orang Baru


4. Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku yang dinyatakan dalam perenggan 3(h).

Klik disini untuk mencetak