JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Tariqat Zikrullah Hasan Anak Rimau Dan Ayah Pin

Kategori: Akidah
Tahun: 2000
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

1. Adalah ditetapkan bahawa ajaran Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau atau Ayah Pin didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang islam dilarang mengamalkan ajaran itu.


2. Orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau atau Ayah Pin di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wa Ta"ala.

Klik disini untuk mencetak