Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Negeri Melaka hendaklah mengikut Undang-Undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak;
Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang;
Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan sebagainya dalam dan dengan apa-apa-apa cara yang lain yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.