JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ajaran Qadiani (Qadianiah/Ahmadiah)

Kategori: Akidah
Tahun: 2000
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

1. Puak Qadianiah/Ahmadiah adalah puak yang terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam.


2. Oleh yang demikian -


(a) Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran dan fahaman Qadianiah/Ahmadiah ini adalah murtad; dan


(b) Orang Islam yang telah mengamalkan ajaran Qadianiah/Ahmadiah di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Klik disini untuk mencetak