JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengharaman Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid)

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan beberapa perkara berikut:


a) Menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 bertarikh 22 hingga 24 Oktober 2008 bahawa:


i. Pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam.


ii. Ibu bapa dan masyarakat Islam digesa agar memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.


b) Mewartakan keputusan fatwa tersebut dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang

Klik disini untuk mencetak