JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kadar Pengiraan Dan Penentuan Nilai Fidyah Bagi Negeri Melaka

Kategori: Ibadah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 2/2009 yang bersidang pada 2 April 2009 telah membincangkan Kadar Pengiraan Dan Penentuan Nilai Fidyah Bagi Negeri Melaka. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :


a) Menetapkan bahawa kaedah pengiraan fidyah puasa di Negeri Melaka adalah berdasarkan formula berikut :


Bilangan Hari Puasa Yang Ditinggalkan x Jumlah Pertambahan Bilangan Tahun x Nilai Fidyah Semasa = Jumlah Fidyah Puasa Perlu Dibayar


b) Menetapkan bahawa nilai fidyah semasa di Negeri Melaka adalah bersamaan dengan kadar 1/4 daripada harga zakat fitrah tahun semasa bagi negeri Melaka.

Klik disini untuk mencetak