JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Lambang-Lambang Kepercayaan Agama Kristian, Budha, Hindu Dan Islam Yang Tertera Di Sejadah

Kategori: Akidah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 6 Ramadhan 1426 Hijriah bersamaan 10 Oktober 2005 Miladiah telah membincangkan mengenai Hukum Lambang-Lambang Kepercayaan Agama Kristian, Budha, Hindu Dan Islam Yang Tertera Di Sejadah.

 

Alhamdulillah fatwanya:

 

Tikar sembahyang yang mengandungi corak yang menyerupai lambing-lambang pelbagai agama adalah haram penggunaannya. Oleh itu, semua umat Islam di negeri Johor dilarang membuat, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mengedar, memesan, mengimport, mengeksport, mempamer, mencetak semula, mengambil gambar, memberI hadiah dan menjadikan perhiasan.

 

Klik disini untuk mencetak