Berzikir Dan Berdoa Secara Israr Atau Jahr
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2012 yang bersidang pada 29 Mac 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Berzikir Dan Berdoa Secara Israr Atau Jahr. Mesyuarat memutuskan bahawa hukum berzikir dan berdoa secara israr atau jahr adalah seperti berikut :
(i) Bagi orang yang sembahyang seorang diri dan makmum adalah lebih baik berdoa dengan suara yang perlahan sekadar hanya dapat didengar oleh dirinya sendiri.
(ii) Manakala dalam sembahyang berjamaah pula adalah sunat bagi imam membaca doa dengan suara yang boleh didengari oleh jamaahnya jika ia bertujuan untuk mengajar mereka (jemaah), atau untuk mereka sama-sama mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam dengan syarat janganlah sampai mengganggu para jamaah Iain yang sedang melaksanakan sembahyang, beriktikaf dan sebagainya.
(iii) Ini sebagaimana yang dinukilkan oleh Syeikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibari Rahimahullah bahawa Imam Ibnu Hajar Rahimahullah berkata : "Adapun berlebih-lebihan pada mengangkat suara di dalam masjid ketika membaca zikir dan doa sekiranya mengganggu orang yang sedang mengerjakan sembahyang, maka sayugia dihukumkan haram". (Hasyiah l'anah Al-Tholibin, Jilid 1 , Halaman 186)
(iv) Berkata Al-lmam Al-Syafie di dalam Al-Umm : "Saya memilih bagi imam dan makmum hendaklah berzikir ke hadrat Allah setelah memberi salam, mereka melakukannya secara perlahan kecuali Imam yang bermaksud supaya dapat diikuti, maka boleh dengan suara yang keras dan
setelah mengetahui bahawa makmum telah dapat mengikutinya, maka kembali betzikir dengan suara yang perlahan" (Hasyiah l'anah Al-Tholibin, Jilid 1 , Halaman 185)