Selipar Dan Kasut Yang Bertulis Kalimah Allah ( Kasut Croc's )
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 23 Rejab 1431 bersamaan 6hb Julai 2010 telah membincangkan mengenai Selipar Dan Kasut Yang Bertulis Kalimah Allah (Kasut Croc's).
Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti berikut :
Semua selipar dan kasut berjenama Croc's yang mengandungi lambang (logo)/corak yang menyerupai kalimah " LILLAH " ( ??? ??????? ) adalah haram penggunaannya.
Oleh itu, semua umat Islam di negeri Johor dilarang membuat, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mengedar, memesan, mengimport, mengeksport, mempamer, mencetak semula, mengambil gambar, memberi hadiah, dan menjadikan perhiasan”.
????? ???? ???????