JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Berhubung Dengan Pembangunan Atas Tanah Tapak Masjid

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 1996
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kelantan
Keputusan
:

 Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 30 Mei 1995 telah membincangkan fatwa berhubung dengan pembangunan atas tanah tapak masjid. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:

 

1) Tanah wakaf untuk masjid adalah termasuk tapak dimana didirikan bangunan masjid dan juga kawasan atau halaman bagi masjid setakat mana sempadan tanah yang ditentukan kepadanya. 

 

2) Bangunan lain yang bukan masjid atau lain-lain aktiviti harus didirikan atau diadakan di atas tanah atau kawasan masjid dengan syarat:

 

(i)  Tidak menghalang kepada rancangan peluasan bangunan masjid sekiranya diperlukan kelak.

 

(ii)  Bangunan atau penggunaannya tidak mendatangkan aib atau fitnah kepada kesucian masjid itu sendiri.

 

(iii) Manfaat yang diperolehi dari bangunan itu hendaklah untuk faedah masjid juga.

 

(iv)  Apa jua aktiviti yang dilaksanakan adalah untuk faedah umum umat Islam serta tidak berlawanan fungsi sebenar masjid sebagai rumah Allah.

 

3) Tanah tapak masjid atau milik masjid boleh dipecah sempadan semula sekiranya mustahak untuk tujuan mendirikan bangunan lain di atasnya dengan syarat tujuan pembinaan bangunan itu tidak berlawanan dengan syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam perenggan (2) di atas.

 

4) Terpulanglah kepada pihak yang berkuasa selaku nazir yang sah untuk membuat istibdal  atau membangunkan tanah wakaf masjid atau tanah untuk masjid dengan  tertakluk kepada syarat-syarat yang diharuskan oleh syarak.

Klik disini untuk mencetak