JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Berhubung Dengan Zakat Padi

Kategori: Zakat
Tahun: 1999
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kelantan
Keputusan
:

Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 12 Sep 1999 telah membincangkan mengenai fatwa berhubung dengan zakat padi dari projek penanaman padi yang diusahakan secara ladang. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:

 

1) Bahawa padi yang dihasilkan dari projek penanaman padi secara estet diwajibkan zakat ke atas pemilik-pemilik tanah apabila cukup nisobnya berdasarkan atas pendapatan bersih masing-masing setelah ditolak kos pengurusan projek yang dikeluarkan oleh agensi pelaksana.

2) Bagi tujuan menyelaras serta memudahkan urusan pengeluaran zakat tersebut, agensi pelaksana boleh mengeluar zakat bagi pihak pemilik-pemilik tanah setelah mendapat persetujuan masing-masing.

Klik disini untuk mencetak