JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Anak Luar Nikah

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2002
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Negeri Sembilan
Keputusan
:

Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA

 

ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK

(NEGERI SEMBILAN) 1991

(Enakmen No. 1 Tahun 1991)


 

PEMBERITAHUAN FATWA


PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.


IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.


JADUAL/SCHEDULE


1. Jika seorang bayi itu dilahirkan kurang 6 bulan daripada tarikh akad nikah maka anak tersebut haram dinasabkan kepadaa suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan anak tersebut.


2. Seorang bayi yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan dan kurang daripada 4 tahun daripada tarikh tersebut diketahui dengan yakin atau berat zan bahawa kehamilan telah berlaku sebelum akad, atau suami tidak bersetubuh selepas akad atau tidak dimasukkan mani suaminya ke dalam rahim, maka anak tersebut haram dinasabkan kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut.


3. Wajib bagi suami tersebut menafikan bahawa bayi berkenaan adalah anaknya.


4. Pihak berkuasa yang mendaftarkan kelahiran ditegah daripada membinkan atau membintikan mana-mana bayi di dalam perenggan (1) dan (2) kepada suami ibu bayi atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut.

 

Bertarikh 12 Januari 2002.

[JMKNNS 209(01)914/1;

PU/NS (JB) 5/2001]

 

DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Klik disini untuk mencetak