JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menunaikan Ibadah Haji Sambil Bekerja

Kategori: Ibadah
Tahun: 2002
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Negeri Sembilan
Keputusan
:

Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY

 

ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK

(NEGERI SEMBILAN) 1991

(Enakmen No. 1 Tahun 1991)

 

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW

(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991

(Enactment No.1 of 1991)

 

PEMBERITAHUAN FATWA

NOTIFICATION OF FATWA

 

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.


IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.


JADUAL/SCHEDULE 


 1. Hukum menunaikan ibadah haji sambil bekerja seperti doktor, jururawat dan kakitangan kesihatan, petugas Lembaga urusan haji dan lain-lain adalah sah selagi ia menepati rukun dan wajib haji. Hal ini diqiaskan dengan berniaga sambil mengerjakan ibadah haji sebagaimana firman Allah s.w.t. :

Yang bermaksud : [“Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan haji”]                                          

(Al-Baqarah : 198)


Berdasarkan ayat di atas mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah pada musim haji dengan berniaga dan melakukan usaha-usaha halal yang lain adalah tidak berdosa, yang bermaksud : [“Sesungguhnya orang ramai pada permulaan ibadat haji difardhukan- didalam Islam-mereka berjual beli di Mina. “Arafah di pasar Dzu al-Majaz (kawasan yang berhampiran ‘Arafah) dan pada musim haji, maka mereka khuatir untuk berjual beli ketika mereka didalam ihram. Lalu Allah menurunkan ayat ini”] 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


2. Oleh sebab itu, mereka yang menunaikan haji disamping melakukan perniagaan, haji mereka adalah sah, tidak rosak dan tidak perlu mereka mengulanginya. Hal ini berdasarkan ayat 198 Surah al-Baqarah tersebut. Mereka tidak dihalang melakukan perniagaan dengan syarat mereka berniat untuk mengerjakan haji sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud : [“Sesungguhnya amalan itu adalah niat dan setiap orang hanya mendapat yang diniatkannya"]


[Muttafaq ‘Alaih]

 

Dibuat 26 Mac 2002

Made 26 March 2002

(JMKNNS 209(01)914/1]

 

DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Klik disini untuk mencetak