JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Buku ' Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan'

Kategori: Akidah
Tahun: 1994
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

ENAKMEN PENTADBIRAN

UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

PENGUBAHSUAIAN FATWA

DI BAWAH SEKSYEN 38


Pengubahsuaian yang berikut terhadap fatwa yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Pahang pada 18 haribulan Ogos 1988 yang dibuat oleh Mufti Pahang atas kelulusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 38 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 adalah disiarkan menurut subseksyen 36 (2) Enakmen itu:


A. Bahawa:


(i) Buku yang bertajuk 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan' yang ditulis oleh Ustaz Haji Ashaari Muhammad dan isi kandungannya; dan


(ii) 'Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi' yang ditulis oleh Mohamad Taha As Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahawa dan isi kandungannya adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta mengelirukan masyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.


B. Bahawa Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam buku 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan' dan 'Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi' adalah diharamkan.


C. Bahawa pengharaman ini meliputi:


(i) Apa-apa versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran tersebut di (A) di atas dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi kesemua tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuan ialah pencapaian pengajaran kebatinan iaitu suatu pegangan ideology, falsalah atau kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariah Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah.


(ii) Apa-apa bahan publisiti kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam termasuk mana-mana terbitan ertinya aoa-apa bahan termasuk suatu gambar, gambar foto, logo, poster, rajah, surat edaran, glanser filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain yang bertujuan untuk memberikan publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas.


(iii) Apa-apa terbitan ertinya buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain samada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, sebuah pita rakam atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat dari suatu imej berdasarkan penglihatan yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunkan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak, rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam, cakera padat yang mana dirakamkan rakaman suara manuasia untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas. Oleh itu orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, social, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup atau mengembangkan kumpulan ini,


Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen : menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam kepada mana-mana harta alih, dan semua pihak dilarang daripada memberikan apa jua kemudahan dan bantuan dalam menghidupkan dan mengembangkan kumpulan ini.

 

Klik disini untuk mencetak