JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kitab Yang Bertajuk ' Ibadah Rasulullah s.a.w.'

Kategori: Akidah
Tahun: 1999
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri Pahang di bawah subsekyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39(6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:


A. Bahawa kitab yang bertajuk 'Ibadah Rasulullah s.a.w.' karangan ustaz Abu Bakar Al-Shaari adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.


B. Bahawa orang atau orang-oang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Ibadah Rasulullah s.a.w.' adalah sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.


C. Oleh yang demikian:-


(1) mana-mana orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Ibadah Rasulullah s.a.w.' adalah menyeleweng;'


(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang;


(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kita 'Ibadah Rasulullah s.a.w.';


(b) mencetak, menerbit, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan kitab 'Ibadah Rasulullah s.a.w.' atau mana-mana bahagiannya, termasuk:


(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;


(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa jua bahasa;


(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada kitab 'Ibadah Rasulullah s.a.w.'


(c) mengembangkan ajaran-ajaran kitab 'Ibadah Rasulullah s.a.w.';


(d) menjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran, penyebaran atau membantu ke arah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Ibadah Rasulullah s.a.w.'.


Bertarikh 5 April 1999.

 

Klik disini untuk mencetak