JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Perak
Keputusan
:

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada hari ini 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti, membahas dan membincang berpandangan bahawa senaman yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum masihi lagi merupakan gabungan amalan fizikal adalah sebahagian daripada mistik Hinduisme yang cara duduknya sama seperti yang digambarkan kepada tokong shiva dan fikiran dikosongkan supaya dapat bersatu dengan shiva, mengandungi unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah HARAM dan bertentangan dengan akidah umat Islam sama ada diamalkan dengan mentera atau hanya pergerakan badan. Oleh itu, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.


Selanjutnya sila klik:

http://mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/koleksi_umum/warta_kerajaan/yoga.pdf

 

Klik disini untuk mencetak