JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Keharusan Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran Atau Penerimaan

Kategori: Zakat
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 14 Jun 2012 telah membincangkan mengenai Keharusan Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran Atau Penerimaan.

 

Alhamdulillah fatwanya:

 

“ Pencaruman kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) adalah diharuskan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun. “

 

 

Klik disini untuk mencetak