Zakat Fitrah Ke Atas Orang Tahanan & Banduan Islam Di Penjara
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2014-1435H yang bersidang pada 22 Mei 2014 bersamaan 22 Rajab 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-60 berkenaan Hukum Zakat Fitrah Ke Atas Orang Tahanan Dan Banduan Islam Di Institusi Penjara dengan sighah seperti berikut :
Mesyuarat telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah ke atas orang tahanan dan banduan Islam di Institusi Penjara adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu :
1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Status warta : tidak diwartakan