Kadar Fidyah
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa 3/1430 Pada 14 Sya‘Ban 1430H bersamaan 5hb Ogos 2009 seperti berikut:
1. Mengguna-pakai pengiraan fidyah puasa mengikut Mazhab Syafi‘I, iaitu satu cupak beras atau nilai ¼ daripada zakat fitrah semasa bagi satu hari puasa yang ditinggalkan, dan fidyah puasa ini digandakan sekiranya puasa yang tertinggal tidak diqadha’ hingga masuk bulan Ramadhan yang baru.
2. Dalam sesetengah keadaan, seseorang/wakil yang tidak mampu membayar jumlah fidyah puasa tersebut, maka pengiraan fidyah puasa mengikut Mazhab Hanafi boleh diguna-pakai, iaitu setengah gantang beras atau nilai ½ daripada zakat fitrah semasa bagi satu hari puasa yang ditinggalkan tanpa gandaan.
3. Pembayaran fidyah puasa dalam bentuk nilai beras adalah harus.
4. Pusat Zakat Negeri Sembilan bolehlah menerima pembayaran fidyah puasa dan pengagihannya hendaklah diserahkan kepada Baitul Mal Negeri Sembilan
Status Pewartaan : Tidak Diwartakan