JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Makan Temilok Dan Yang Berkaitan Dengannya

Kategori: Haiwan
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-20 telah bersidang pada 1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M sebulat suara menerima sighah penjelasan hukum seperti berikut:-

 

Menurut pendapat Jumhur (Ulama Mazhab Syafi’e, Hanafi, Maliki dan Hanbali) bahawa haiwan yang tinggal di dalam air semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Fathir ayat 12 dan Surah Al-Maidah ayat 96.

 

  1. Berdasarkan hadith Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi juga menjelaskan bahawa Allah SWT tidak membezakan antara haiwan hidupan laut yang dinamakan oleh manusia sebagai ikan semata-mata tetapi termasuk juga babi laut yang tidak membawa maksud kepada babi yang ada.
  2. Ini menunjukkan bahawa dalil-dalil di atas menyokong semua jenis hidupan laut sama ada ditangkap atau diambil semasa hidup mahu pun mati adalah halal dimakan dan sama ada mati terapung atau pun mati sebaliknya.
  3. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan termasuklah Temilok.

 

Klik disini untuk mencetak