JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Perniagaan Wang Asing ( FOREX )

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2004
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perak
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 11 Zulkaedah 1425 bersamaan 23 Disember 2004 buat kali ke 164 bersetuju bahawa hukum perniagaan wang asing adalah harus.Mesyuarat juga mengambil maklum:


1.Tukaran wang telah lama berlaku dalam Ringgit Malaysia dalam Rial (tujuan untuk menunaikan ibadah haji).


2.Bertujuan untuk memenuhi keperluan hajat,bukan untuk mencari keuntungan semata.


3.Kebebasan perniagaan mata wang boleh mengakibatkan keruntuhan nilai ekonomi Negara.Maka yang diharuskan hanya untuk memenuhi hajat semasa sahaja.


4.Tukaran wang adalah keperluan ekonomi untuk pembangunan Negara.

 

Klik disini untuk mencetak