JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kajian Lanjut Mengenai Kaedah Rawatan Di Pusat Perubatan Alternatif Di Bukit Pegoh, Melaka

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 4/2010 yang bersidang pada 23 Muharram 1432H bersamaan 29 Disember 2010 telah membincangkan mengenai Kaedah Rawatan Di Pusat Perubatan Alternatif Di Bukit Pegoh, Melaka dan bersetuju memutuskan bahawa :

 

i. Pengamal perubatan berkenaan didapati menggunakan khidmat jin dalam aktiviti perawatannya;

 

ii. Penggunaan jin dalam menjalankan perawatan/perubatan adalah tidak dibenarkan di dalam Islam kerana boleh memudharatkan akidah pengamal dan orang yang menerima rawatan; dan

 

iii. Kaedah rawatan/perubatan yang dijalankan oleh pengamal/perawat melanggar garis panduan perbomohan menurut Islam yang dikeluarkan oleh JAKIM.

 

Klik disini untuk mencetak