JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Had Tempoh Panggilan Muallaf

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 1/2015 yang bersidang pada 18 Februari 2015 telah membincangkan mengenai Had Tempoh Panggilan Muallaf Di Negeri Melaka. Mesyuarat bersetuju memutuskan seperti berikut :

  1. Sebutan dan tempoh panggilan muallaf bagi seseorang yang baru memeluk agama Islam adalah lebih bersifat ‘uruf semata-mata dan tiada sebarang nas yang menetapkannya;
  2. Had tempoh panggilan muallaf bagi seseorang yang baru memeluk agama Islam di negeri Melaka ialah selama 5 tahun berdasarkan ‘uruf yang dikira dari tarikh pendaftaran memeluk Islam dengan syarat mereka telah mengikuti kelas-kelas bimbingan Islam yang diiktiraf atau dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Melaka;
  3. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) hendaklah membiayai segala kos pembelajaran bimbingan Islam bagi muallaf-muallaf berkenaan selama tempoh 5 tahun tersebut;
  4. Selepas tempoh 5 tahun, pemberian zakat dinilai berdasarkan kelayakan di bawah asnaf fakir dan miskin atau asnaf-asnaf lain yang bersesuaian;
  5. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) perlu menubuhkan Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf yang berfungsi antara lain untuk menilai dan mengesyorkan kelayakan seseorang muallaf dikeluarkan dari panggilan muallaf dan seterusnya diberhentikan daripada menerima bantuan zakat di bawah asnaf muallaf selepas tempoh 5 tahun;
  6. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) perlu mewujudkan kaedah atau peraturan bagi melaksanakan keputusan ini agar ia dapat berjalan dengan teratur.
Klik disini untuk mencetak