JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)

Kategori: Akidah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah telah membincangkan mengenai Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day).

 

 

Alhamdulillah fatwanya:

 

” Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”

 

????? ???? ???????

 

 

 

Klik disini untuk mencetak