JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Kewajipan Mendirikan Solat Jumaat Ketika Bersuluk Oleh Pengamal Tareqat

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Perak
Keputusan
:

BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen 4 tahun 2004], telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:

 

DAN BAHAWASANYA menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah memperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:

 

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:

 

(i) Amalan bersuluk atau khalwah oleh pengamal-pengamal tareqat tertentu tidak boleh dikategorikan sebagai keuzuran yang dibenarkan oleh syara' untuk tidak menunaikan solat Jumaat;


(ii) Pengamal tareqat tertentu yang bersuluk diwajibkan menunaikan solat Jumaat ketika bersuluk;


(iii) Tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka yang meninggalkan Solat Jumaat dengan alasan bersuluk walaupun sekali tanpa perlu menunggu tinggalan 3 kali berturut-turut.


Selanjutnya sila klik:

http://mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/koleksi_umum/warta_kerajaan/solatjumaat.pdf

 

Klik disini untuk mencetak