JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Permohonan Fatwa / Penjelasan Penggunaan Ubat Clexane Dalam Rawatan Pesakit.

Kategori: Perubatan
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Julai 2010 telah membincangkan mengenai "Permohonan Fatwa/ Penjelasan Penggunaan Ubat Clexane Dalam Rawatan Pesakit"

 

Alhamdulillah fatwanya:

 

 

“Ubat Clexane dan Fraxiparine bagi mencegah formulasi pembekuan darah secara serta-merta untuk merawat pesakit yang dalam keadaan acute emergency (kecemasan) adalah diharuskan atas keadaan darurat, ini bersesuaian dengan kaedah fiqhiah;

 

????????????? ??????? ??????????????

 

Ertinya: darurat mengharuskan hal- hal yang dilarang ( haram )” .

 

Keharusan ini hanya diberikan kepada Hospital Daerah Kluang sahaja kerana ubat Arixtra Solution for Injection atau nama generiknya Fondaparinux Sodium yang dihasilkan dari sumber halal tidak terdapat di hospital ini.

 

waAllahu a’lam.

 

Klik disini untuk mencetak