Pertandingan Suara Burung Merbuk
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Perak kali ke 97 yang bersidang pada 3 Jamadilakhir 1406 bersamaan 12 Februari 1986 bersetuju sebulat suara memutuskan tidak meluluskan diadakan Pertandingan Suara Burung Merbuk dan hukumnya adalah haram berdasarkan keterangan dan alasan-alasan berikut:
(i) Surah al-'Asr (ayat 1 hingga 3)
Maksudnya: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".
(ii) Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Tidak boleh diadakan sebarang pertandingan kecuali
(Rujuk kitab Fiqh al-Sunnah, juzuk 3 muka surat 505)
(iii) Kitab Fiqh Mughni al-Muhtaj, juzuk 8 dan Furu' al-Masail muka surat 345)
Mesyuarat juga bersetuju berpendapat Pertandingan Suara Burung Merbuk itu adalah sebahagian daripada Lahwi dan membawa kepada perjudian.