Wakaf Gelang Emas
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 11 Zulkaedah 1425 bersamaan 23 Disember 2004 buat kali ke 164 bersetuju bahawa wakaf emas pada umumnya adalah sah, bagaimanapun jika manfaatnya adalah sukar maka dinasihatkan emas itu hendaklah di jual dahulu barulah wang itu diwakafkan.