JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Tentang Kandungan Buku "Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah Malaysia Seni Bela Diri Warisan Islam (Sumber Kekuatan Batin)" Karangan Syeikh Muhamad Amin bin Mohd Razali.

Kategori: Akidah
Tahun: 2001
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Perak
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 9 Syaaban 1421 bersamaan 6 November 2000 kali ke 150 atas titah perintah Duli Yang Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa berikut:


(1) Kandungan buku bertajuk "Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah Malaysia Seni Bela Diri Warisan Islam (sumber kekuatan batin)" karangan Syeikh Muhamad Amin bin Mohd Razali didapati mengandungi perkara-perkara yang meragukan dan menyalahi ajaran Agama Islam yang sebenar. Oleh yang demikian umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu dan buku itu wajib diharamkan dan pengamalnya wajib bertaubat.


(2) Bagi orang-orang Islam yang telah membaca, menyebar dan mengamalkan ajaran itu di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata'ala.


Selanjutnya sila klik:

http://mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/koleksi_umum/warta_kerajaan/maunah.pdf

Klik disini untuk mencetak