JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Pengharaman Mengenai Ajaran Azhar Bin Wahab (Pengasas Al-Mansur Holding Sdn. Bhd.)

Kategori: Akidah
Tahun: 2004
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Perak
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang bersidang pada 19 Muharram 1425 bersamaan 11 Mac 2004 atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah mengeluarkan fatwa seperti berikut:


Bahawa -

 

1. Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

 

2. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi hukum syarak dan wajib bertaubat.


Selanjutnya sila klik:

http://mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/koleksi_umum/warta_kerajaan/azhar.pdf

Klik disini untuk mencetak