Fatwa Tentang Makanan Dan Barangan Yang Memudaratkan.
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang bersidang pada 15 Syaaban 1423 bersamaan 22 Oktober 2002 kali ke 157 telah membuat keputusan bahawa tiada fatwa yang telah dibuat khusus mengenai bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam makanan, namun apabila diyakini bahawa bahan itu memudaratkan maka hukumnya adalah haram berdasarkan kepada
(i) Surah al-Baqarah ayat 195
Maksudnya: "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)".
(ii) Kaedah Fiqhiyyah:
Maksudnya:"Tidak boleh membawa mudarat serta memudaratkan".