Fatwa Mengadakan Sebarang Hubungan Dengan Zionis Israel Serta Tindakan Pihak Keselamatan Memasuki Masjid Dengan Berkasut
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang bersidang pada 4 Safar 1418 bersamaan 10 Jun 1997 kali ke 139 berpandangan bahawa tidak seeloknya membuat hubungan dengan Israel pada waktu ini kerana alasan-alasan berikut:-
i) Larangan Al-Quran (Haram) melantik orang Yahudi menjadi pemimpin dan larangan bermuamalah dengan mereka dalam keadaan redha-meredhai.
ii) Bangsa Yahudi adalah bangsa perosak dan setiap individunya membawa misi jahat rejim Yahudi kepada ummat Islam.
iii) Dari sudut implikasi sosial, membuat perhubungan dengan Yahudi akan membawa kemudharatan kepada Umat Islam.
Mengenai perbuatan memasuki masjid dengan berkasut, Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak berpandangan bahawa:
i) Masuk ke dalam masjid dengan berkasut yang tidak ada najis adalah harus mengikut hukum asalnya.
ii) Tetapi apabila ditinjau dari sudut 'Uruf di Malaysia dan keadaan fizikal binaan Masjid-masjid di Malaysia, perbuatan itu adalah dianggap biadap dan hendaklah dijauhkan.