JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Membangunkan Tanah-Tanah Wakaf

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 1997
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perak
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 6 Januari 1997 buat kali ke 137 telah bersetuju sebulat suara dengan apa yang telah dibincangkan iaitu:-

i) Tanah wakaf individu

Bahawa tanah wakaf boleh dipajak (hijarah) dalam tempoh yang tertentu berdasarkan kepada nas Kitab Nihayah, juzuk 5, m.s. 397, Kitab Tuhfah, juzuk 6, m.s. 172, Kitab Al-Hawi, juzuk 7, m.s. 407.

ii) Tanah wakaf kurniaan kerajaan negeri (rizab)

Bergantung kepada niat kerajaan. Sekiranya kerajaan berniat wakaf, ia menjadi wakaf. Sekiranya ia diberikan hanya sebagai rizab, maka ia ditetapkan sebagai pemberian kepada Baitul Mal.

Klik disini untuk mencetak