JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kajian Semula Upah Amil Zakat (Orang Perseorangan) 1/8 Bahagian

Kategori: Zakat
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-9 Penggal ke-8 yang bersidang pada 22 Jun 2010 telah membincangkan Cadangan Kajian Semula Upah Amil Zakat (Orang Perseorangan) 1/8 Bahagian. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini bersetuju dengan cadangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengenai kadar upah amil zakat perseorangan dengan sedikit pindaan sebagaimana berikut:

 

(i) Amil bagi zakat fitrah dikekalkan dengan diberi upah 1/8 bahagian.

(ii) Amil bagi zakat harta diberi upah 1/16 bahagian.

(iii) Upah bagi agen korporat sebanyak 1/32 bahagian.

Klik disini untuk mencetak