JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Had Kemuallafan Seseorang Saudara Baru
Kategori: 
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: N/A
Keputusan
:

Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2016-1437H yang bersidang pada 31 Mac 2016 bersamaan 22 Jamadil Akhir 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-108 berkenaan Had Kemuallafan Seseorang Saudara Baru dengan sighah seperti berikut : 

  1. Muzakarah menerima cadangan supaya diwujudkan penyeragaman had tempoh panggilan muallaf saudara baru negeri-negeri seluruh Malaysia seperti yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu.
     
  2. Muzakarah bersetuju menetapkan had tempoh maksima bagi seseorang saudara baru dipanggil muallaf ialah lima (5) tahun. Walau bagaimanapun, selaras dengan kuasa agama adalah di bawah bidang kuasa negeri, maka Majlis Agama Islam Negeri berhak membuat sebarang pengecualian yang dikehendaki.

 

 
Klik disini untuk mencetak