Fatwa Mengenai Ajaran Cahaya Qursani Adalah Sesat
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 6 November 2008M bersamaan 8 Zulkaedah 1429H kali 179 memutuskan bahawa : "Amalan dan kepercayaan dalam ajaran Cahaya Qursani adalah sesat dan menyeleweng dari Ajaran Islam yang sebenar. Umat Islam diharamkan untuk beramal dan beriktikad dengan kepercayaan tersebut. Sesiapa sahaja yang mengamalkan dan beriktikad dengan ajaran ini adalah melakukan kesalahan dan boleh didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak. Oleh itu mana-mana pengikut dan orang Islam yang mengamalkan dan beriktikad seperti itu adalah sesat dan wajib bertaubat".
http://mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/koleksi_umum/warta_kerajaan/qursani.pdf