Penambahan Syarat Kepada Pengiktirafan Seseorang Sebagai Orang Islam
Seorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati rukun iman dan rukun Islam, dan dengan yang demikian, adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat lain bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman bahawa perlu ada tambahan syarat-syarat lain, selain daripada menepati rukun iman dan rukun Islam, seperti pengakuan atau sokongan kepada pihak tertentu sebelum seseorang itu ditentukan keislamannya, adalah salah disisi Islam. Oleh itu umat Islam dilarang daripada mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar fahaman tersebut dengan apa-apa cara jua pun.