JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Wang Pinjaman Zakat Untuk Membeli Rumah Dan Kenderaan

Kategori: Zakat
Tahun: 1970
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Wang zakat tidak boleh diberi pinjam kepada sebarang kakitangan yang berkhidmat di bawah Jabatan Zakat kerana wang tersebut hendaklah dibahagikan kepada asnafnya secara tunai berdasarkan ayat al-Quran surah At-Taubah ayat 60 yang bermaksud:


'Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, Lagi Maha Bijaksana'.

Klik disini untuk mencetak