Dakwaan Bahawa Pengakuan Dan Sokongan Kepada Pihak Diperlukan Sebelum Islam Dilayakkan Ke Syurga Dan Kenyataan Bahawa Orang Tertentu Akan Ditempatkan Di Neraka
Ketentuan syurga atau neraka kepada seseorang adalah hak mutlak Allah swt sahaja. Adapun mereka yang disebut oleh Rasulullah saw sebagai ahli syurga atau neraka adalah wahi Allah sebagaimana firman Allah dalam surah Al An"am ayat:
Yang bermaksud:
'Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapat sendiri, segala yang diperkatakan itu (samada al Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahi yang diwahyukan kepadanya. Manakala orangramai hanya boleh menyaksikan baik buruk perangai seseorang sebagaimana sabda Rasulullah saw:
Maksudnya:
'Kamu adalah saksi Allah di muka bumi'.