Bolehkah wang kutipan zakat digunakan untuk membeli asset seperti rumah, kedai, tanah, saham dan sebagainya dengan tujuan untuk menambahkan lagi khazanah kekayaan umat Islam?
Amalan melabur hasil zakat yang tidak dapat diagihkan dalam tahun semasa kepada asnaf yang lapan dengan membeli aset adalah tidak tepat, ketika asnaf berkenaan masih memerlukan bantuan zakat. Dengan itu segala harta yang telah dibeli dengan wang zakat jika dijual semula hendaklah dikembalikan wang jualan tersebut kepada asnaf yang lapan yang telah ditentukan oleh syariat Islam.