JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Bilangan Rakaat Tarawih

Kategori: Ibadah
Tahun: 1970
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Sembahyang tarawikh itu boleh dilakukan 8 rakaat atau 20 rakaat. Sesiapa yang suka untuk bersembahyang tarawikh 20 rakaat bolehlah ia berbuat demikian dan sesiapa yang suka untuk bersembahyang tarawikh 8 rakaat bolehlah ia berbuat demikian kerana kedua-duanya menurut sunnah.


Hanya dibenarkan satu jemaah sembahyang tarawikh sahaja dilakukan di mana-mana masjid dan tidak dibenarkan berbilang jemaah yang berasingan di dalam masjid itu. Sesiapa yang hendak bersembahyang tarawikh 8 rakaat sahaja, bolehlah ia mufaraqah setelah ia selesai 8 rakaat jika imam hendak melakukan sembahyang 20 rakaat dan selepas itu ia sembahyang witir 3 rakaat sama ada berjamaah atau seorang diri.

Klik disini untuk mencetak