JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pertubuhan Seni Silat Pesaka Tujuh Negeri Perlis

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2004
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Pertubuhan Seni Silat Pesaka Tujuh Negeri Perlis:


Jawatankuasa Syariah memutuskan bahawa Seni Silat Pesaka Tujuh ini adalah diharuskan setelah mendapati bahawa amalan silat ini hanyalah semata-mata satu latihan jasmani yang menjurus kepada aktiviti sukan dan kemahiran mempertahankan diri, yang semuanya itu tidak bertentangan dengan syarak kerana latihan yang hampir serupa dengannya yang disebut oleh Saidini Umar Al Khatab yang bermaksud:


"Ajarlah anak-anak kamu memanah dan menunggang kuda."


Di dalam Surah Al Anfal ayat 60 turut menyebut:


"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya dan Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan ke jalan Allah akan disempurnakan balasan kepada kamu."

Klik disini untuk mencetak