Hukum Menghibahkan Harta
Harus bagi seseorang ketika masih hidup dan sihat untuk menghibahkan sebahagian hartanya atau kesemuanya kepada mana-mana orang yang disukainya dan tidak ada pihak yang boleh menghalangnya berbuat demikian kecuali kalau dia seorang yang mahjur iaitu orang yang ditahan untuk berurusan dengan hartanya seperti muflis, cacat akal dan seumpamanya. Namun demikian, syarak memberikan panduan untuk melaksanakan hibah hendaklah seboleh-bolehnya berlaku adil kepada kaum keluarganya berdasarkan hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh al Bukhari.
Yang bermaksud:
'Bertaqwalah kepada Allah dan berlaku adillah kamu kepada anak-anak kamu'.