Zakat KWSP
Wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang berkuatkuasa sekarang ini tidak diwajibkan zakat ke atas pencarumannya kerana wang tersebut bukan milik sempurna bagi pencarum seperti yang dijelaskan oleh wakil KWSP Encik Roslan bin Putih dalam perbincangan dengan ahli-ahli Jawatankuasa Syariah pada 22 Jamadil Awam 1411 bersamaan 1 Disember 1990.
Oleh kerana jumlah wang tersimpan dalam KWSP adalah melebihi nisab dan mencukupi haul maka ianya tetaplah wajib zakat. Oleh itu Jawatankuasa Syariah berpendapat pihak KWSP bertanggungjawab mengeluarkan zakat bagi pihak pencarum-pencarum Islam sepertimana yang diamalkan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji.