Jawatankuasa Syariah memberi pandangan seperti berikut:
- Teater dimaksudkan dengan lakonan di atas pentas untuk mencapai sesuatu tujuan dalam teater. Hukumannya adalah harus pada asasnya, keharusan itu tertakluk kepada beberapa syarat tertentu seperti berikut:
- Hendaklah teater itu bertujuan untuk membina syahsiah manusia dan memberi pengajaran yang baik, khususnya membina aqidah yang sempurna di samping menanam nilai-nilai murni;
- Hendaklah tidak ada percampuran antara lelaki dengan perempuan dalam teater itu. Sekiranya ada, hendaklah pada sempadan yang diluluskan oleh syarak;
- Tidak menggambarkan pergaulan bebas yang boleh merosakkan nilai-nilai murni;
- Tidak meniru teater-teater barat yang lebih membawa kepada tujuan perleseran dan hiburan yang murah;
- Tidak boleh diadakan teater untuk melakonkan syahsiah yang agong seperti ambiyak dan rasul-rasul;
- Hendaklah senikata senario teater itu membawa kepada kebaikan masyarakat manusia, menanam budi yang luhur dan menjaga keindahan bahasa dengan tidak menyebut perkataan-perkataan yang lucah atau membawa perkataan-perkataan syirik kepada Allah swt. dan sebagainya;
- Hendaklah pakaian yang dipakai kepada pelaku-pelaku atau pelakon-pelakon dalam teater itu bersopan santun dan mematuhi kaedah-kaedah pakaian dalam hukum syarak.