Azan Sebelum Masuk Waktu Subuh
Pada 30 April 2007, setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai azan dua kali iaitu azan sebelum masuknya waktu subuh dan ungkapan taswib di dalam Azan subuh, maka Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:
Azan dua kali pada waktu fajar adalah disyariatkan. Ungkapan Assolatu Khairun Minannaum selepas Haiya Alal Falah juga dianjurkan, meletakkan ungkapan ini pada waktu azan pertama atau kedua adalah khilaf yang muktabar