JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Isu Pinjaman Yang Dikenakan Faedah

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 1970
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Riba dari segi bahasa ialah lebihan - manakala pada syarak ialah lebihan harta yang dikenakan tanpa ganti di dalam pertukaran harta dengan harta, atau sebarang lebihan yang disyaratkan atau dijanjikan untuk diberi kepada orang yang memberi hutang sesuatu manfaat kepada dirinya bersabit dengan hutang yang diberi kepada orang yang berhutang itu.


Jawatankuasa Fatwa telah mengambil keputusan bahawa pinjaman yang dikenakan faedah untuk membeli harta benda sepeti rumah, kenderaan , perkakas rumah dan sebagainya oleh bank atau kerajaan, institusi atau individu yang diamalkan sekarang ini adalah termasuk di dalam takrif riba dan hukumnya adalah haram kecuali jika diubah system pembiayaan secara riba sekarang kepada system al-Qadhul Hasan atau bayaran perkhidmatan.


Alasan-alasan yang diberikan adalah seperti berikut :-

  1. Penetuan faedah dibuat semasa akad tanpa diberi perhatian kepada untung rugi
  2. Peratus kadar faedah berdasarkan kepada jumlah wang (modal) yang terlibat.
  3. Pembayaran faedah tetap seperti yang dijanjikan tanpa diambil kira sama ada projek itu dijalankan oleh pihak kedua itu untung atau rugi.
  4. Jumlah kadar bayaran faedah tidak meningkat sekalipun jumlah keuntungan berlipat ganda.
Klik disini untuk mencetak