JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Adakah harta pusaka yang tidak ada ahli waris atau yang tidak habis diambil oleh ahli waris boleh diambil oleh saudara-mara yang bukan ahli waris? (Zawu al Arham)

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 1970
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Adakah harta pusaka yang tidak ada ahli waris atau yang tidak habis diambil oleh ahli waris boleh diambil oleh saudara-mara yang bukan ahli waris? (Zawu al Arham)


JAWAPAN


Harta pusaka yang tidak ada ahli waris atau yang tidak habis diambil oleh ahli waris adalah berhak diberi kepada Zawu al Arham daripada harta peninggalan pusaka. Kadar pembahagian harta pusaka kepada Zawu al Arham adalah secara sama rata sekiranya pada kedudukan yang sama, jika tidak maka kedudukannya ditentukan sama seperti ashabul furud. Jika harta masih berbaki, maka bolehlah diberikan kepada Baitulmal.

Klik disini untuk mencetak