JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Permohonan Zakat Kepada Pemohon Luar Negeri Perlis

Kategori: Zakat
Tahun: 1988
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Wang zakat bagi sesebuah negeri hendaklah dibelanjakan mengikut asnaf yang lapan kepada orang-orang yang berhak di negeri yang tersebut itu, berdasarkan kepada hadis Rasulullah saw:


Yang bermaksud:

Diambil harta-harta itu daripada orang-orang yang kaya di kalangan mereka dan diberikan pula kepada golongan-golongan yang miskin di kalangan mereka.


Hadis ini memberi pengertian bahawasanya yang berhak mendapat wang zakat adalah daripada golongan asnaf di dalam negeri tersebut sahaja. Adapun jika sekiranya selepas diberikan wang zakat itu kepada asnafnya kepada orang-orang di negeri tersebut tetapi masih mempunyai lebihan wang zakat yang nyata. Maka barulah boleh difikirkan ke arah memberikan wang zakat itu kepada asnaf yang lapan juga, kepada yang di luar negeri.


 

Klik disini untuk mencetak