Adakah Semua Jenis Cerai Taklik Menjatuhkan Talak Dan Adakah Ianya Boleh Ditarik Balik
Adakah Semua Jenis Cerai Taklik
Menjatuhkan Talak Dan Adakah Ia Boleh Ditarik Balik
Semua jenis cerai taklik adalah sah dan jatuhlah talak apabila berlaku perkara yang ditaklikkan tersebut dan semua jenis cerai taklik tidak boleh ditarik balik.
Dalil:
i.Sabda Rasulullah saw.:
Maksudnya:
'Tiga perkara bersungguhnya adalah sungguh, dan berguraunya juga adalah sungguh iaitu nikah,talak dan rujuk'.
ii.Sabda Rasulullah saw:
Maksudnya:
Tiga perkara bersungguhnya adalah sungguh, dan berguraunya juga adalah sungguh iaitu talak, membebaskan hamba dan nikah.